Friday, 4 November 2011

CERITA BM- PUTERA KATAK ( JILID III )

PUTERA KATAK ( jilid III )

Tanpa berfikir panjang, Puteri Bongsu bersetuju dengan syarat katak besar itu. Katak itu terus melompat ke dalam perigi. Tidak lama kemudian, ia naik sambil membawa bola emas Puteri Bongsu.

            Puteri Bongsu berasa gembira apabila katak besar itu menyerahkan bola emas kepadanya. Dia segera pulang tanpa menghiraukan katak besar itu. Dia telah pun mungkir janji.

            Pada malam itu, ketika Puteri Bongsu makan bersama ayahanda dan kakak-kakaknya , tiba-tiba terdengar ketukan.Dayang memberitahu Puteri Bongsu bahawa ada seekor kata hendak berjumpanya.

            Puteri Bongsu terpaksa menceritakan peristiwa yang berlaku di taman kepada ayahandanya. Raja pun meminta Puteri Bongsu menunaikan janjinya. Puteri Bonsu hanya terdiam dan terpaksa membawa katak besar itu masuk lalu diletakkan dia atas kerusi dan terpaksa melayannya makan bersama.

            Apabila tiba waktu tidur, Puteri Bongsu membawa katak besar itu ke  bilik tidurnya. Katak besar meminta Puteri Bongsu meletakkannya di atas

No comments:

Post a Comment