Bil | Nilai Murni / Pengajaran | Penjelasan |
1. | Baik hati | Sikap yang sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati ini dapat dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain. |
2 | Berdikari | Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. |
3 | Bertanggungjawab | Kesanggupan seseorang untuk memikul tugas atau kewajipan dan melaksanakan tugas atau kewajipan itu dengan sempurna. |
4 | Hemah tinggi | Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. |
5 | Hormat- menghormati | Menghargai dan memuliakan seseorang dan memberikan layanan yang sopan. |
6 | Kasih sayang | Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu. |
7 | Keadilan | Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. |
8 | Kejujuran | Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. |
9 | Kerajinan | Usaha berterusan yang penuh dengan semangat ketekuanan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara. |
10 | Kerjasama | Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat. |
Friday, 4 November 2011
10 Nilai Murni Umum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment