Monday 31 October 2011

Kata Hampir Sama Makna


SENARAI KATA DAN PENGGUNAANNYA
      i.          basi - untuk masakan atau makanan (gulai dll) yang sudah tidak
sedap lagi baunya kerana sudah cemar.
          Cth:Gulai itu tidak boleh dimakan lagi kerana sudah basi.
     ii.          busuk – buruk atau rosak (buah dll) dan mengeluarkan bau yang tidak sedap
Cth:Sisa-sisa makanan yang dicampakkan ke dalam parit itu berbau busuk.
    iii.          hangit – untuk makanan (nasi dll) yang dimasak terlalu lama hingga hangus dan berbau
Cth:nasi yang dimasak oleh kakak hangit.
   iv.          tengik – berbau atau terasa tidak sedap (seperti minyak kelapa yang sudah lama)
         Cth:minyak masak yang disimpan terlalu lama akan menjadi tengik.
 
1.basi/busuk/hangit/tengik

Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri


1.       K.Ganti nama diri beliau , dia ,ia , kami , kita dan mereka sering digunakan dengan salah .
2.       K.ganti nama diri beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau
kanak-kanak dan haiwan .
SALAH
BETUL
Lee Min ponteng sekolah .Oleh sebab itu, beliau dihukum.
Lee Min ponteng sekolah.Oleh sebab itu , dia dihukum .
Anjing itu garang .Oleh sebab itu , beliau terpaksa dikurung .
Anjing itu garang . Oleh sebab itu, anjing itu terpaksa dikurung .

3.       Kata ganti nama diri dia dan ia tidak boleh digunakan untuk haiwan dan benda .
SALAH
BETUL
Baju itu mahal .Ia diimport dari Itali .
Baju itu mahal . Baju ini diimport dari Itali .
Beruang ini sakit .  Dia perlu dirawat .
Beruang ini sakit . Beruang ini perlu dirawat.

4.       Kata ganti nama diri kami bererti “saya dengan dia ” . Orang yang diajak bercakap tidak
disertakan . Kata ganti nama diri kita bererti “anda dengan saya ” atau “anda dengan kami ”.
Orang yang diajak bercakap disertakan .

“Kami mesti memenangi pelawanan ini ,” kata Anas kepada Chee Peng .
Kita mesti memenangi pelawanan ini ,” kata Anas kepada Chee Peng .
“Kita hendak ke rumah awak ,”kata Ayu dan Tina kepada Chee Peng . 
Kami hendak ke rumah awak ,”kata Ayu dan Tina kepada Chee Peng . 
5.       Kata ganti nama diri mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan haiwan .
SALAH
BETUL
Ayam-ayam itu dikurung . Mereka akan disembilih .
Ayam-ayam itu dikurung .Ayam-ayam itu  akan disembilih
Buku-buku ini tebal . Mereka Symir baca .
Buku-buku ini tebal . Buku-buku ini Symir baca .

6.       Kata nama ganti nama diri mereka tidak boleh diulang atau dijadikan kata ganda .
SALAH
BETUL
Meraka-mereka yang ditawan berada dalae keadaan selamat .
Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat .
7.       Kata ganti nama diri ia dan nya tidak boleh digabungkan sebagai satu patah perkataan .
SALAH
BETUL
Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh .
Kalau tidak dirawat mungkin ia /dia  akan lumpuh .
Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta .
Kucing itu mati kerana dilanggar kereta .

Kesalahan Frasa


Kesalahan frasa
1.       bentuk jamak ialah pengulangankata untuk menunjukkan bilangan yang banyak.
2.       jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan , kata nama yang
menyatai kata bilangan itu tidak perlu diulang 
Salah
Betul
Dua biji telur-telur
Dua biji telur
Semua murid-murid
Semua murid
Para pendidik-pendidik
Para pendidik
Pelbagai acara-acara
Pelbagai acara
Sekalian penduduk-penduduk
Sekalian penduduk
Seluruh kawasan-kawasan
Seluruh kawasan
3.       oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak , maka kata nama
tidak perlu diulang
Salah
Betul
Lukisan-lukisan itu cantik-cantik
Lukisan itu cantik-cantik
Ayam-ayam di situ gemuk-gemuk
Ayam di situ gemuk-gemuk
 Kuih-muih itu sedap-sedap rasanaya
Kuih itusedap-sedap rasanya
Murid-murid sekolah rajin-rajin
Murid sekolah rajin-rajin
4         hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk
frasa nama dalam ayat
l  D bererti unsur yang diterangkan
l  M bererti unsur yang menerangkan
Salah
Betul
Lain-lain hal
Hal-hal lain
Nani kedai roti
Kedai roti nani
Goring cempedak
Cempedak goring
Mangi mi
Mi mangi
Tomato sos
Sos tomato
Mini bas
Bas mini
Mini taman
Taman mini