PUTERA KATAK ( jilid II )
Puteri Bongsu berasa sungguh sedih. Dia tidak tahu bagaimana caranya untuk mengeluarkan bola emas itu dari perigi. Dia hanya menangis di tepi perigi itu. Tiba-tiba Puteri Bongsu dikejutkan dengan suatu suara.
Seekor katak yang besar muncul dan memberitahu Puteri Bongsu bahawa dia boleh tolong ambilkan bola emas itu tetapi dengan satu syarat iaitu Puteri Bongsu mesti menjadi kawannya dan membenarkan dia berada di samping Puteri Bongsu setiap masa.
Tanpa berfikir panjang, Puteri Bongsu bersetuju dengan syarat katak besar itu. Katak itu terus melompat ke dalam perigi. Tidak lama kemudian, ia naik sambil membawa bola emas Puteri Bongsu.
.
No comments:
Post a Comment