Saturday 3 December 2011

Persembahan Pengajaran Bahasa Malaysia dan Uji Diri

http://www.scribd.com/fullscreen/74660691?access_key=key-1jn3hh6xe5ol2kbn95ff

Video Mikropengajaran

http://www.youtube.com/watch?v=jYC0SA1bOGo

Refleksi Pengajaran Bahasa Malaysia- Mikropengajaran


REFLEKSI MIKROPENGAJARAN
Sejak kebelakangan ini, saya begitu tertekan dengan tugasan yang berlambak.Kerja-kerja sekolah yang banyak yang membebankan, lebih-lebih lagi Setelah mengikuti Program Pensiwazahan Guru ini. Berforum, melayari internet untuk mencari maklumat, membuat rakaman pengajaran dan lain-lain.Tugasan yang banyak kian merunsingkan fikiran saya. Saya dapati bahawa saya tidak dapat mencari kestabilan dalam pengurusan masa antara mengajar dan menyiapkan tugasan-tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Apabila saya memberitahu masalah saya kepada kawan baikku, beliau memberitahu saya bahawa saya mempunyai krisis pengurusan masa, itulah sebab saya berasa tertekan dan sentiasa kelihatan kerunsingan.Sekarang saya sedar bahawa setiap masalah pastinya penyelesaiannya.Walaubagaimanapun, kini ialah masa cuti sekolah, saya telah mengaturkan masa dengan teratur.
            Semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 3 dengan tajuk ‘meletakkan Imbuhan Awalan meN dalam kata dasar’ saya dapati bahawa pelajar-pelajar saya kurang memberi perhatian terhadap pembelajaran.Ada yang berbual sesama mereka dan ada yang kelihatan kurangberminat.Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati masih terdapat pelajar yang tidak dapat menguasai kemahairan melalui lembaran kerja yang telah disediakan.
            Saya berasa sedikit kecewa, dan tertanya-tanya sendiri mengapakah pelajar-pelajar saya tidak dapat menjawab soalan lembaran kerja yang diberikan. Saya masih ingat lagi tiga strategi penting untuk menjadi seorang guru yang berkesan iaitu mengajar hingga murid belajar, mengajar bagaimana hendak belajar dan mengajar bagaimana menunjukkan pembelajaran telah berlaku.Saya mula memikir bagaimanakah cara yang mudah dan berkesan untuk membolehkan pelajar-pelajar saya menguasai kemahiran tersebut demi mencapai hasil pengajaran saya.
            Kaedah pengajaran saya didapati kurang menarik.Penyampaian secara lisan tidak dapat membantu pelajar saya untuk menguasai kemahiran yang diajar dengan sepenuhnya.Pelajar berasa cepat bosan kerana hanya duduk mendengar sahaja. Oleh itu, saya sedar saya perlu mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran saya supaya pelajar-pelajar ini tidak diabaikan.
            Setelah berbincang dengan guru-guru yang berpengalaman dan mencari rujukan  dari internet, saya telah membuat satu rumusan dengan mengasingkan imbuhan awalan meN dan mengelaskan huruf-huruf yang berpasangan dengan imbuhan awalan tertentu supaya pelajar-pelajar saya jelas setelah melihat pengelasan yang teratur ini.Selain itu, saya telah menggunakan kertas warna yang berbeza untuk menunjukkan perbezaan imbuhan awalan meN, huruf-huruf dan contoh-contoh untuk memudahkan pelajar-pelajar dan menarik perhatian pelajar-pelajar.
            Setelah memberi  lembaran kerja, saya mendapati pelajar-pelajar saya dapat menjawab semua soalan dalam lembaran kerja.Saya sangat berharap menjadi seorang guru yang kreatif dan berkesan di bilik darjah supaya pelajar akan berasa seronok belajar dan pada masa yang sama pelajar dapat memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang berguna.Oleh itu, saya haruslah bersikap tabah, sabar dan dedikasi.Saya yakin harapan saya akan tercapai satu hari nanti.

Persembahan Powerpoint Pengajaran Bahasa Malaysia (14/10/2011)

https://docs.google.com/open?id=0B5QCfY_Cf6kFODJjYWE2ZDYtOGE1Zi00NWEwLWEzMTUtZDk0OGQxNDc3MTQ3

Refleksi Pengajaran Bahasa Malaysia( 14 / 10 / 2011 ) JUMAAT


Sejak kebelakangan ini, saya begitu tertekan dengan tugasan yang berlambak.Kerja-kerja sekolah yang banyak yang membebankan.Aabila saya memberitahu masalah saya kepada kawan baikku, beliau memberitahu saya bahawa saya mempunyai krisis pengurusan masa, itulah sebab saya berasa tertekan dan sentiasa kelihatan kerunsingan.Sekarang saya sedar bahawa setiap masalah pastinya penyelesaiannya.
Semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 3 dengan tajuk ‘Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang  lengkapsaya dapati bahawa pelajar-pelajar saya kurang memberi perhatian terhadap pembelajaran pada mula-mula pengajaran.Ada yang berbual sesama mereka dan ada yang kelihatan kurang berminat.
            Saya berasa sedikit kecewa, dan tertanya-tanya sendiri mengapakah pelajar-pelajar saya tidak dapat menjawab soalan. Saya masih ingat lagi tiga strategi penting untuk menjadi seorang guru yang berkesan iaitu mengajar hingga murid belajar, mengajar bagaimana hendak belajar dan mengajar bagaimana menunjukkan pembelajaran telah berlaku.Saya mula memikir bagaimanakah cara yang mudah dan berkesan untuk membolehkan pelajar-pelajar saya menguasai kemahiran tersebut demi mencapai hasil pengajaran saya.
            Kaedah pengajaran saya didapati kurang menarik.Penyampaian secara lisan tidak dapat membantu pelajar saya untuk menguasai kemahiran yang diajar dengan sepenuhnya.Pelajar berasa cepat bosan kerana hanya duduk mendengar sahaja.Oleh itu, saya sedar saya perlu mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran saya supaya pelajar-pelajar ini tidak diabaikan.
            Setelah berfikir sedemikian, untuk melibatkan anak murid saya secara produktif saya membuat keputusan untuk melontarkan soalan kepada anak murid dengan memanggil nama anak murid untuk menjawab.Selain itu, saya akan memberi dorongan,pujian dan bimbingan kepada anak murid saya supaya mereka mempunyai keberanian untuk mencuba walaupun kadang-kala jawapan yang dikemukakan adalah tidak beberapa tepat. Perkara yang menggembirakan ialah suasana pembelajaran anak murid kelihatan seronok kerana pengggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.Dengan bantuan alat teknologi, pengajaran dan pembelajaran saya dapat dijalankan dengan lincin dan berkesan.Melalui skrin dan projektor, anak murid dapat melihat sumber pengajaran saya dengan jelas.Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan yang sama, saya akan menambahkan gambar-gambar animasi dan suara atau permainan seperti teka-teki yang bersesuaian dengan topik supaya dapat memberikan impak yang berkesan kepada murid tambahan pula murid dapat belajar dalam suasana yang menyenorokkan.
            Saya sangat berharap menjadi seorang guru yang kreatif dan berkesan di bilik darjah supaya pelajar akan berasa seronok semasa belajar dan pada masa yag sama pelajar dapat memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang berguna.Oleh itu, saya haruslah bersikap tabah, sabar dan dedikasi.Saya yakin bahaw harapan saya akan tercapai satu hari nanti.
           

RPH Bahasa Malaysia


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh                                      : 14 / 10 /2011 ( Jumaat )
Masa                                       : 11.50 am- 12.20pm
Kelas                                       : 3 M
Bilangan murid                        : 30 Orang
M/P                                         : Bahasa Malaysia
Tema                                       : Jasamu Dikenang
Tajuk                                       : Mengenang jasa pemimpin
Objektif Pembelajaran            : Pada akhir pelajaran murid dapat:
 1 Membina ayat tunggal dan ayat majmuk
   yang lengkap berdasarkan gambar yang diberi.
Fokus Utama                          : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat 
                                                          tunggal dan ayat majmuk.

                                                   Aras 3

(i)            Membina ayat tunggal dan
ayat majmuk yang  lengkap.

Fokus Sampingan                   : 1.2   Bertanya dan menjawab tentang sesuatu
                                                    perkara secara bertatasusila.

 Aras 2

(ii)           Memberikan respons yang sesuai
berdasarkan soalan yang dikemukakan.
Pengetahuan Sedia Ada;
1 Murid pernah mempelajari cara-cara membina ayat tunggal.
2 Murid pernah mempelajari kata tanya.
Sistem Bahasa                                    :Kosa kata, kata kerja dan Ayat Tunggal
dan ayat majmuk
Pengisian Kurikulum              
Ilmu                                                     : Kajian Tempatan
Nilai                                                     : Keberanian, mengenang jasa
Kemahiran Bertambah Nilai               : Menjana Idea
BBM                                                    : Slide power point, komputer, dan
  projektor
Masa/ Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pembejaran dan Pengajaran
Catatan
Set 

induksi
5 mini

Tajuk pelajaran hari ini ialah “ Mengenag Jasa Pemimpin ”

1 Guru memaparkan senarai gambar pemimpin negara Malaysia. 
2 Guru bersoal jawab dengan murid untuk mendapatkan maklumat.
a) Bertanya kepada murid mengenai nama pemimpin.

b)Bertanya kepada murid mengenai jasa-jasa pemimpin.
3 Guru mengaitkan tajuk pelajaran hari ini.
KB:
Menilai
BCB: mendapatkan maklumat
TKP:
Intrapersonal Verbal-liguitik
Langkah 

1

10minit
Arahan guru
1 Membina satu ayat lengkap berdasarkan gambar-gambar.

Slide Pertama


Slide Kedua

Slide Ketiga
Slide Keempat

Slide Kelima
1 Cikgu mengarah murid cuba membina satu ayat yang lengkap berdasarkan gambar yang dilihat.

2 Murid diminta meneliti gambar yang dipaparkan.

3 Murid-murid menentukan kata kerja yang terdapat dalam gambar tersebut.

4 Cikgu menggalakkan murid membina ayat berdasarkan gambar.

5 Guru membetulkan ayat yang kurang tepat disamping memberikan galakkan.

6 Guru memuji murid yang menjawb dengan betul dan tepat.
KB:
Menilai
BCB: memerhati
TKP:
Intrapersonal Verbal-liguitik
Nilai: mengenang budi
BBM : slide power point, komputer, projektor
Langkah 

2
10minit
Arahan guru
1 Cara-cara membina ayat yang lengkap
Slide Keenam

Slide Ketujuh
 Slide Kelapan

Slide Kesembilan

1 Guru memberitahu murid cara-cara membina ayat yang lengkap.
2 Guru menerangkan teknik-teknik membina ayat.
3 Guru memperkenalkan kata hubug dan kata sendi nama yang kerap digunakan semasa membina ayat.
4 Guru meminta beberapa orang murid cuba membina ayat yang lengkap berdasarkan gambar yang dipaparkan.
5 Guru memaparkan serta menerangkan contoh jawapan kepada murid.
6 Murid-murid membaca contoh ayat yang dipaparkan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
7 Murid-murid menyalin ayat ke dalam buku latihan.
KB:
Menilai
BCB: memerhati, melaporkan hasil
TKP:
Intrapersonal Verbal-liguitik

Nilai:rajin, keberanian
BBM : slide power point, komputer, projektor
Penutup
5 minit
Penutup kognitif
Soalan: Apakah yang kamu pelajari hari ini?
Jawapan: Bina ayat dan kata kerja
(Murid-murid menyatakan kata kerja )
Penutup Sosial:
Pujian dan motivasi
Ucapan terima kasih.
1 Guru bertanya murid tentang 
pelajaran hari ini.
2 Guru membuat rumusan tentang tajuk hari ini.
3 Guru membuat penutup sosial.
KB:
Menilai
BCB: memerhati, melaporkan hasil
TKP:
Intrapersonal Verbal-liguitik
Nilai:
bersyukur

Monday 28 November 2011

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1


KEMAHIRAN
Bacaan

BAND
5
STANDARD
Memahami, menaakul & memberikan respon menyampaikan sesuatu perkara yang didengar, ditutur, dibaca, dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat.
DESKRIPTOR
 B5 DB 1
Murid berupaya membaca, memahami, dan menaakul untuk memindahkan maklumat dengan tepat.
EVIDENS
B5 DB1 E1
Memahami dan memindahkan maklumat daripada bahan grafik dan bahan bukan grafik
AKTIVITI PENTAKSIRAN
-           
Bahan :
Kad imbasan

Langkah pentaksiran :

1.      Guru menunjukkan kad imbasan yang mempunyai gambar dan ayat.
2.      Guru mengarahkan murid membaca ayat yang terdapat pada kad imbasan tersebut.
3.      Guru menguji murid dengan menanya soalan seperti berikut.

a)      Apakah bunga Kebangsaan negara kita?
b)     Apakah yang dilambangkan oleh lima kelopak bunga raya?
c)      Nyatakan tiga jenis warna bunga raya.
   

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

NAMA : ……………………………………………                       
TARIKH : ………….
KELAS : ……………………………………………..
RUJUKAN : B5 DB1 E1
ARAHAN : Membaca ayat dan menjawab soalan.




Bunga Raya ialah Bunga Kebangsaan kita. Lima kelopak melambangkan lima Prinsip Rukun Negara. Bunga Raya mempunyai pelbagai jenis dan warna. Bunga ini boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan dan bahan dalam perubatan.Bunga Raya sesuai di tanam di negara kita.