Monday 31 October 2011

Kesalahan Penggunaan Penjodoh Bilangan


Penjodoh Bilangan
1.       Penjodoh bilangan biasanya digunakan bersama kata bilangan.
2.       Tetapi,ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama kata bilangan.
3.       Penjodoh bilangan tidak boleh hadir selepas kata bilangan tak tentu kecuali beberapa.
Salah
Betul
setiap orang murid
setiap murid
semua orang pekerja
semua  pekerja
seluruh buah  kampung
seluruh kampung
segala ekor binatang
segala binatang 
sekalian orang peserta
sekalian peserta
para orang guru
para guru
beberapa rumah
beberapa buah rumah

4.Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
Salah
Betul
beberapa buah usul
beberapa usul
kedua-dua bentuk sifat
kedua-dua sifat
setiap buah sumbangan
setiap sumbangan
semua buah pendapat
semua pendapat
segala butir cadangan
Segala cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
tiap-tiap kenangan
pelbagai bentuk teguran
pelbagai teguran

No comments:

Post a Comment