1. K.Ganti nama diri beliau , dia ,ia , kami , kita dan mereka sering digunakan dengan salah .
2. K.ganti nama diri beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau
kanak-kanak dan haiwan .
SALAH | BETUL |
Lee Min ponteng sekolah .Oleh sebab itu, beliau dihukum. | Lee Min ponteng sekolah.Oleh sebab itu , dia dihukum . |
Anjing itu garang .Oleh sebab itu , beliau terpaksa dikurung . | Anjing itu garang . Oleh sebab itu, anjing itu terpaksa dikurung . |
3. Kata ganti nama diri dia dan ia tidak boleh digunakan untuk haiwan dan benda .
SALAH | BETUL |
Baju itu mahal .Ia diimport dari Itali . | Baju itu mahal . Baju ini diimport dari Itali . |
Beruang ini sakit . Dia perlu dirawat . | Beruang ini sakit . Beruang ini perlu dirawat. |
4. Kata ganti nama diri kami bererti “saya dengan dia ” . Orang yang diajak bercakap tidak
disertakan . Kata ganti nama diri kita bererti “anda dengan saya ” atau “anda dengan kami ”.
Orang yang diajak bercakap disertakan .
“Kami mesti memenangi pelawanan ini ,” kata Anas kepada Chee Peng . | “Kita mesti memenangi pelawanan ini ,” kata Anas kepada Chee Peng . |
“Kita hendak ke rumah awak ,”kata Ayu dan Tina kepada Chee Peng . | “Kami hendak ke rumah awak ,”kata Ayu dan Tina kepada Chee Peng . |
5. Kata ganti nama diri mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan haiwan .
SALAH | BETUL |
Ayam-ayam itu dikurung . Mereka akan disembilih . | Ayam-ayam itu dikurung .Ayam-ayam itu akan disembilih |
Buku-buku ini tebal . Mereka Symir baca . | Buku-buku ini tebal . Buku-buku ini Symir baca . |
6. Kata nama ganti nama diri mereka tidak boleh diulang atau dijadikan kata ganda .
SALAH | BETUL |
Meraka-mereka yang ditawan berada dalae keadaan selamat . | Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat . |
7. Kata ganti nama diri ia dan nya tidak boleh digabungkan sebagai satu patah perkataan .
SALAH | BETUL |
Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh . | Kalau tidak dirawat mungkin ia /dia akan lumpuh . |
Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta . | Kucing itu mati kerana dilanggar kereta . |
No comments:
Post a Comment