1.Kata bilangan berganda seperti setengah-setengah ,tiap-tiap,berbagai-bagai,dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.Kata ganda ini boleh disingkatkan menjadi kata ganda separa, contohnya kata bilangan setengah-setengah menjadi sesetengah.
| Salah | Betul |
| setengah orang | sesetengah orang |
| tiap murid | setiap murid |
| berbagai warna | pelbagai warna |
| kedua orang mempelai | kedua-dua orang mempelai |
2.Kata bilangan para tidak boleh diulang atau dijadikan kata ganda.
| Salah | Betul |
| Para-para penduduk perlu bekerjasama. | Para penduduk perlu bekerjasama. |
| | |
3.Kata bilangan tentu seperti satu,dua,tiga,dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.
| Salah | Betul | |
| dua setengah meter | dua meter setengah | |
| tiga setengah ringgit | tiga ringgit setengah | |
| dua suku jam | dua jam suku | |
No comments:
Post a Comment