Sunday, 27 November 2011

UJIAN PENILAIAN PENULISAN BAHASA MALAYSIA

A) Bina ayat berdasarkan gambar tunggal dan 
perkataan yang diberi. (10%@2@)
  
1
Qiao Lin dan Shu Xian sedang

papan gelongsor
2
Jia Jian bermain

sedang berjoging supaya badannya sihat
3
Chin Chun

bermain buaian.
4
Puan Hatiyah

membaca surat khabar.
5
Encin How sedang duduk di atas bangku yang disediakan sambil

menunggang basikal.

Pembelajaran Kendiri -Sistem Bahasa Kata Tanya

Sistem Bahasa – Kata Tanya
l  Digunakan untuk menanya dan menyoal
l  Kata Tanya di depan haruslah disertai pratikal “kah”
l  Tanda tanya ? mesti diletakkan di akhir ayat
KATA TANYA
PENGGUNAAN
CATATAN
Siapa
Untuk menanyakan orang
yang
Apa
Untuk menanyakan benda atau perkara
ialah/ kata kerja
Bila
Untuk menanyakan masa
pada
Mengapa
Untuk menanyakan sebab atau alasan
kerana
Bagaimana
Untuk menanyakan cara
dengan
Mana
Untuk menanyakan tempat
di
berapa
Untuk menanyakan bilangan atau harga
RM/Kg/Cm/pukul

Lembaran Kerja- Kata Tanya


Latihan Pengukuhan
1.Lelaki itu ditahan oleh polis kerana mencuri.
 ____________________________________
2.Binatang yang terbesar di dunia ialah ikan paus.
 ____________________________________
3.Saya pergi ke sekolah dengan menaiki bas.
 _____________________________________
4.Sebungkus nasi lemak berharga RM1.00.
 ______________________________________
5.Ali belajar di Sekolah Jenis Kebangsan Cina Seg Hwa.
 _______________________________________
6.Negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
 ________________________________________
7.Kok Seng sedang mengelap meja.
 ________________________________________
8.Lelaki yang berada di kereta itu bapa saya.
 _______________________________________

Friday, 25 November 2011

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA Tahun 2


MATA PELAJARAN DAN KELAS
BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 MERAH
TEMA/ TAJUK
CITA-CITA (cita-cita saya setinggi awan)
MASA
7.30a.m - 8.30a.m
STANDARD PEMBELAJARAN
2.5.2
OBJEKTIF PELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i.                     Membaca dan memahami petikan teks.
ii.                   Menyatakan maksud frasa.
iii.                  Menaakul bahan grafik.
AKTIVITI
1.       Murid memberikan pendapat mereka berdasarkan model kapal terbang yang diberi secara lisan.
2.       Murid membaca teks dengan bimbingan guru.
3.       Murid membaca secara mekanis dalam kumpulan.
4.       Murid membaca ayat dengan iringan gambar secara kumpulan.
5.       Murid menyatakan  perkataan dan frasa berdasarkan gambar yang diberikan.
6.       Murid diberi aktiviti membentuk kapal terbang.
7.       Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberi.
EMK
Nilai: bertanggungjawab, bekerjasama, jaya diri
Kreatif dan inovasi – pemikiran dan idea kreatif
TMK: belajar melalui TMK.
BAHAN BANTU MENGAJAR
Kad bergambar,  “Slaid Power Point”, buku teks, lembaran kerja, kertas putih A4, model kapal terbang.
PENILAIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Murid dapat membaca frasa, ayat dan teks berdasarkan gambar yang diberi.
REFLEKSI
26 daripada 30 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum mengusai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.