Saturday 3 December 2011

Refleksi Pengajaran Bahasa Malaysia- Mikropengajaran


REFLEKSI MIKROPENGAJARAN
Sejak kebelakangan ini, saya begitu tertekan dengan tugasan yang berlambak.Kerja-kerja sekolah yang banyak yang membebankan, lebih-lebih lagi Setelah mengikuti Program Pensiwazahan Guru ini. Berforum, melayari internet untuk mencari maklumat, membuat rakaman pengajaran dan lain-lain.Tugasan yang banyak kian merunsingkan fikiran saya. Saya dapati bahawa saya tidak dapat mencari kestabilan dalam pengurusan masa antara mengajar dan menyiapkan tugasan-tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Apabila saya memberitahu masalah saya kepada kawan baikku, beliau memberitahu saya bahawa saya mempunyai krisis pengurusan masa, itulah sebab saya berasa tertekan dan sentiasa kelihatan kerunsingan.Sekarang saya sedar bahawa setiap masalah pastinya penyelesaiannya.Walaubagaimanapun, kini ialah masa cuti sekolah, saya telah mengaturkan masa dengan teratur.
            Semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 3 dengan tajuk ‘meletakkan Imbuhan Awalan meN dalam kata dasar’ saya dapati bahawa pelajar-pelajar saya kurang memberi perhatian terhadap pembelajaran.Ada yang berbual sesama mereka dan ada yang kelihatan kurangberminat.Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati masih terdapat pelajar yang tidak dapat menguasai kemahairan melalui lembaran kerja yang telah disediakan.
            Saya berasa sedikit kecewa, dan tertanya-tanya sendiri mengapakah pelajar-pelajar saya tidak dapat menjawab soalan lembaran kerja yang diberikan. Saya masih ingat lagi tiga strategi penting untuk menjadi seorang guru yang berkesan iaitu mengajar hingga murid belajar, mengajar bagaimana hendak belajar dan mengajar bagaimana menunjukkan pembelajaran telah berlaku.Saya mula memikir bagaimanakah cara yang mudah dan berkesan untuk membolehkan pelajar-pelajar saya menguasai kemahiran tersebut demi mencapai hasil pengajaran saya.
            Kaedah pengajaran saya didapati kurang menarik.Penyampaian secara lisan tidak dapat membantu pelajar saya untuk menguasai kemahiran yang diajar dengan sepenuhnya.Pelajar berasa cepat bosan kerana hanya duduk mendengar sahaja. Oleh itu, saya sedar saya perlu mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran saya supaya pelajar-pelajar ini tidak diabaikan.
            Setelah berbincang dengan guru-guru yang berpengalaman dan mencari rujukan  dari internet, saya telah membuat satu rumusan dengan mengasingkan imbuhan awalan meN dan mengelaskan huruf-huruf yang berpasangan dengan imbuhan awalan tertentu supaya pelajar-pelajar saya jelas setelah melihat pengelasan yang teratur ini.Selain itu, saya telah menggunakan kertas warna yang berbeza untuk menunjukkan perbezaan imbuhan awalan meN, huruf-huruf dan contoh-contoh untuk memudahkan pelajar-pelajar dan menarik perhatian pelajar-pelajar.
            Setelah memberi  lembaran kerja, saya mendapati pelajar-pelajar saya dapat menjawab semua soalan dalam lembaran kerja.Saya sangat berharap menjadi seorang guru yang kreatif dan berkesan di bilik darjah supaya pelajar akan berasa seronok belajar dan pada masa yang sama pelajar dapat memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang berguna.Oleh itu, saya haruslah bersikap tabah, sabar dan dedikasi.Saya yakin harapan saya akan tercapai satu hari nanti.

No comments:

Post a Comment