Saturday 3 December 2011

Refleksi Pengajaran Bahasa Malaysia( 14 / 10 / 2011 ) JUMAAT


Sejak kebelakangan ini, saya begitu tertekan dengan tugasan yang berlambak.Kerja-kerja sekolah yang banyak yang membebankan.Aabila saya memberitahu masalah saya kepada kawan baikku, beliau memberitahu saya bahawa saya mempunyai krisis pengurusan masa, itulah sebab saya berasa tertekan dan sentiasa kelihatan kerunsingan.Sekarang saya sedar bahawa setiap masalah pastinya penyelesaiannya.
Semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 3 dengan tajuk ‘Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang  lengkapsaya dapati bahawa pelajar-pelajar saya kurang memberi perhatian terhadap pembelajaran pada mula-mula pengajaran.Ada yang berbual sesama mereka dan ada yang kelihatan kurang berminat.
            Saya berasa sedikit kecewa, dan tertanya-tanya sendiri mengapakah pelajar-pelajar saya tidak dapat menjawab soalan. Saya masih ingat lagi tiga strategi penting untuk menjadi seorang guru yang berkesan iaitu mengajar hingga murid belajar, mengajar bagaimana hendak belajar dan mengajar bagaimana menunjukkan pembelajaran telah berlaku.Saya mula memikir bagaimanakah cara yang mudah dan berkesan untuk membolehkan pelajar-pelajar saya menguasai kemahiran tersebut demi mencapai hasil pengajaran saya.
            Kaedah pengajaran saya didapati kurang menarik.Penyampaian secara lisan tidak dapat membantu pelajar saya untuk menguasai kemahiran yang diajar dengan sepenuhnya.Pelajar berasa cepat bosan kerana hanya duduk mendengar sahaja.Oleh itu, saya sedar saya perlu mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran saya supaya pelajar-pelajar ini tidak diabaikan.
            Setelah berfikir sedemikian, untuk melibatkan anak murid saya secara produktif saya membuat keputusan untuk melontarkan soalan kepada anak murid dengan memanggil nama anak murid untuk menjawab.Selain itu, saya akan memberi dorongan,pujian dan bimbingan kepada anak murid saya supaya mereka mempunyai keberanian untuk mencuba walaupun kadang-kala jawapan yang dikemukakan adalah tidak beberapa tepat. Perkara yang menggembirakan ialah suasana pembelajaran anak murid kelihatan seronok kerana pengggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.Dengan bantuan alat teknologi, pengajaran dan pembelajaran saya dapat dijalankan dengan lincin dan berkesan.Melalui skrin dan projektor, anak murid dapat melihat sumber pengajaran saya dengan jelas.Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan yang sama, saya akan menambahkan gambar-gambar animasi dan suara atau permainan seperti teka-teki yang bersesuaian dengan topik supaya dapat memberikan impak yang berkesan kepada murid tambahan pula murid dapat belajar dalam suasana yang menyenorokkan.
            Saya sangat berharap menjadi seorang guru yang kreatif dan berkesan di bilik darjah supaya pelajar akan berasa seronok semasa belajar dan pada masa yag sama pelajar dapat memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang berguna.Oleh itu, saya haruslah bersikap tabah, sabar dan dedikasi.Saya yakin bahaw harapan saya akan tercapai satu hari nanti.
           

No comments:

Post a Comment