Wednesday 21 September 2011

Picture: Activities of making EM

Seperti tahun-tahun sebelumnya, untuk menggalakkan perlindungan alam sekitar, kumpulan kitar semula mengadakan siri aktiviti pemulihan alam sekitar khususnya untuk pelajar-pelajar di pelbagai peringkat seperti pertandingan mewarnai poster EM , pertandingan memunggut kertas mengikut kelas yang bertujuan mengadakan persaingan yang sihat sebagai kuasa memandu pelajar bagi memberi kefahaman kepada para pelajar kepentingan kitar semula bagi perlindungan alam sekitar.
Pada tahun ini, aktiviti kumpulan kitar semula tertumpu kepada aktiviti memproses EM iaitu Effective Microorganisms . Untuk membolehkan pelajar memahami fungsi EM, pelbagai aktiviti dan pengajaran kaedah memproses cair EM dijalankan di kalangan pelajar. Kumpulan kitar semula turut menganjurkan dan melaksanakan kelas seminar EM kepada semua pelajar. Penyemburan cecair dijalankan bagi membersihkan udara di kawasan sekolah.Kami juga telah menubuhkan  sudut EM di kawasan sekolah .Pelajar dapat menerima pengetahuan melalui maklumat mengenai sumber EM, pemaju EM, menerusi paparan yang berada di atas dinding.

Kumpulan kitar semula juga menggunakan masa ko-kurikulum pelajar untuk memberi tunjukajar tentang cara-cara memproses cecair EM.Cecair EM yang aktif dan berjaya akan digunakan untuk menyiram pokok, udara, dan pembersihan parit dan tandas.

No comments:

Post a Comment