Friday 4 November 2011

10 Nilai Murni Umum

Bil
Nilai Murni / Pengajaran
                                  Penjelasan
1.
Baik hati
Sikap yang sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati ini dapat dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain.
2
Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
3
Bertanggungjawab
Kesanggupan seseorang untuk memikul tugas atau kewajipan dan melaksanakan tugas atau kewajipan itu dengan sempurna.
4
Hemah tinggi
Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain.
5
Hormat- menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan memberikan layanan yang sopan.
6
Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu.
7
Keadilan
Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
8
Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
9
Kerajinan
Usaha berterusan yang penuh dengan semangat ketekuanan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.
10
Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

No comments:

Post a Comment